<body> <body>

Saturday, May 31, 2008
♥ 7:44 AM

Minggu ini sangat sibuk.

disebabkan ISP dan juga aktiviti-aktiviti skola yg lain.

Selasa, kami tidak ke ISP tapi pergi menemani cg Sazali ke IJC.

Sepatutnya kami membuat perbentangan kepada para guru daripada pelbagai skola

malangnya kami kesuntukkan waktu.

akhirnya hanya Herianti sahaja yg berpeluang membuat perbentangannya.

Namun begitu cg Sazali telah berjaya untuk menyakinkan para guru untuk memperkenalkan sastera kepada pelajar-pelajar mereka. Semoga semakin ramai anak muda yg berminat dengan kesusasteraan.

Ini diambil sewaktu kami berada di IJC. Pelajar menengah 3 sedang berlatih untuk persembahan mereka pada hari itu.

Hari ini pula, kami ke CJC untuk pertandingan Wau. Ini kali kedua
aku menyertai peraduan ini . Alhamdullilah kami mendapat
tempat pertama untuk kategori menengah. Kami
berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Saint Andrews. Wau mereka yg
dibentuk seperti seekor rama-rama tidak kurang cantiknya juga. Ini mungkin
berkat Aisyah yg sanggup bergegas semula ke rumahnya untuk mengambil
peralatan-peralatannya kerana pada mulanya dia menyangka kami tidak dibenarkan untuk membawa peralatan melukis kami sendiri.

Para pelajar Menengah tiga juga telah dtg untuk memeriahkan lagi acara ini.

Terima Kasih semua.

Maaf masih tiada ilham untuk mereka sajak. Mungkin kerana mindaku sedang bercelaru memikirkan banyak perkara. Tunggu sahaja ya.


Wednesday, May 21, 2008
♥ 10:08 PM

http://myfreefilehosting.com/f/c8ea4f3497_0.11MB
Ini ppt kumpulan MAN..
harap terhibur
-_-

Friday, February 22, 2008
♥ 8:04 AM

Nasib Sang Mawar

Harumku menyelubungi jiwa
Setiap insan yang menghidu
Seriku menyerlah
Tiada yang dapat mengalahkanku

Dianggap yang tercantik,
Paling laris di hari kekasih
Mengembang dalam keriakkan
Berdiri tegak dalam kesombongan
Mahukah aku begitu?

Aku ternyata berbahaya
Berduri tajam luka terasa
Tidak seindah yang difikir
Tidak sebaik yang dipuji

Aku mungkin indah
Namun buat sementara
Aku akan dibuang tepi
Saatku tidak berseri lagi


♥ 6:41 AM

DIRIKU TAPAK SULAIMAN

Terdamparku di persisiran
Hari berganti masa berlalu
Di manakah ku kini?
Gayaku seakan tidak membawa erti
Aku ditolak ke tepi
Di tarik kembali
Perjalanan hanya begini
Tiada destinasi
Entah bila akan berhenti
Perbezaanku mungkin dijadikan punca
Jarak di antara kita
Telahku cuba menggapaimu
Namun tak terdaya
Lelah ku terasa
Impian tidak juga tercapai
Hanya dugaan
Yang menjadi teman
Laut,
Layakkah aku kembali?

Thursday, November 8, 2007
♥ 7:46 AM

Watak Dan Perwatakan
dalam cerpen Pendidik Milenium
karya Khairool Haque Abdul Kadir

Terdapat tiga watak sahaja di dalam cerpen ini. Mereka ialah Cikgu Halim, Hakim dan Ms Wong. Namun begitu masih-masih mempunyai perwatakan sendiri yang membezakan watak-watak di dalam cerpen ini.

Watak Cikgu Halim di dalam cerpen ini digambarkan sebagai seorang yang cepat marah. Dia telah memarahi Hakim dan rakan-rakan sekelasnya pada awal cerita ini tanpa sebab yang pasti. Dia juga telah menghina mereka sehingga Hakim berasa sangat terganggu dengan hinaannya itu dan kerap memberitahu dirinya bahawa dia bukan seperti apa yang dihina Cikgu Halim itu. Oleh kerana sikapnya yang suka marah tanpa sebab-sebabnya ramai pelajar tidak menyukai Cikgu Halim meskipun dia boleh dikatakan antara guru yang tampan di dalam sekolah itu. Cikgu Halim juga digambarkan sebagai orang yang cepat marah kerana telah dinyatakan bahawa dia berasa marah setelah memberitahu Ms Wong bahawa dia ternampak Hakim yang ketika itu baru sahaja habis latihan pengakapnya. Dia mungkin berasa marah kerana takut Hakim mengetahui tentang hubungan sulitnya dengan Ms Wong dan Hakim bakal merosakkan kesemua rancangannya dan mengaibkan dirinya. Akhir sekali, Cikgu Halim seorang yang cepat marah kerana dia memarahi Hakim hanya kerana karangan Hakim . Ia sepatutnya ditulis mengenai Singapura namun Hakim telah mengaitkan dengan kaum-kaum yang berlainan bangsa yang hidup pada zaman nabi dahulu. Meskipun kaitan yang dibuat Hakim itu wajar, Cikgu Halim masih memarahinya dengan teruk sekali untuk menutupi malunya.
Cikgu Halim juga boleh disifatkan sebagai seorang pembohong kerana di awal cerita sewaktu dia sedang memarahi kelasnya tanpa sebab, dia telah mengatakan bahawa dia penat menyemak buku-buku kerja pelajar-pelajarnya. Namun begitu, Hakim mendapati bahawa buku kerjanya masih di dalam beg sekolahnya kerana telah dikembalikan Cikgu Halim minggu yang lalu. Lantas ini menunjukkan pembohongan yang telah dilakukan Cikgu Halim yang menunjukkan bahawa dia seorang pembohong.
Cikgu Halim juga seorang yang tidak adil. Ini kerana dia telah memberikan pelajar-pelajarnya kertas latihan tatabahasa yang mempunyai soalan-soalan yang agak payah dan menyuruh mereka menghantar kertas latihan tersebut keesokkan harinya. Ini ialah sesuatu perbuatan yang tidak adil kerana dia belum lagi mengajar mereka cara-cara menjawab soalan-soalan seperti di kertas latihan tersebut. Cikgu Hakim juga telah menyuruh Hakim keluar dari kelasnya walaupun apa yang dikatakan Hakim itu mengenai karangannya itu benar. Ini hanya untuk menutup malunya yang lantas menunjukkan ketidakadilnya kepada Hakim.
Watak Hakim pula digambarkan sebagai seorang yang suka memberontak samada di dalam hati ataupun tidak jika dia tidak merasa puas hati dengan sesuatu. Di dalam cerpen ini, Hakim membentak di dalam hatinya apabila Cikgu Halim menghinanya dan rakan-rakan sekelasnya. Ini dilakukannya untuk memuaskan hatinya yang ketika itu sedang marah. Hakim juga memberontak di dalam hatinya dengan mengutuk guru pengakapnya apabila dia dan para pengakap yang lain disuruh berlakon menjadi seorang pengakap yang baik sehingga mereka menjadi seakan sebuah robot.
Akhir sekali, Hakim seorang yang tidak suka dikonkong. Dia tidak suka apabila guru pengakapnya menyuruh dia dan para pengakap yang lain berlakon menjadi seorang pengakap yang baik dan mengikut semua rancangan yang telah diprogramkan mereka. Ini semua hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada sekolah yang datang mengunjungi mereka dan Hakim merasa terkonkong kerana diperbuat seperti sebuah robot. Hakim juga ingin bebas dari Cikgu Halim yang telah membuatnya benci pada Bahasa Ibundanya sendiri malangnya Hakim tidak dapat melakukan apa-apa. Lantas Hakim ingin menyikirkan Cikgu Halim dari hidup agar dia boleh merasa bebas.
Untuk watak Ms Wong pula, dia boleh dikatakan sebagai seorang wanita yang tidak adil dalam mengerjakan perkerjaannya. Ini kerana dia telah menyuruh Hakim keluar dari pejabatnya sebelum Hakim memberitahunya mengenai kejadian dia dan Cikgu Halim yang dianggap menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang guru. Dia tidak berkelakuan adil kepada Hakim kerana dia sebenarnya mempunyai hubungan sulit dangan Cikgu Halim lantas akan tetap membela Cikgu Halim walaupun dia telah melakukan suatu kesalahan.
Ms Wong juga seorang yang tidak mudah risau kerana dia tetap bersahaja dan masih gembira meskipun Cikgu Halim telah memberitahunya bahawa dia ternampak pelajar-pelajar pengakap baru sahaja selesai latihan mereka ketika itu dan dia mengesyaki bahawa ada orang yang telah nampak dan tahu akan hubungan sulit mereka itu.Ini menunjukkan sifat Ms Wong yang masih tenang meskipun maruahnya terancam.
Lantas kesemua ini menerangkan lagi mengenai
watak-watak yang ada di dalam cerpen ini.

Tuesday, November 6, 2007
♥ 1:21 AM

Ini blog sasteraku
yang telah aku reka untuk semua tugasan-tugasan sastera
semoga blog ini dapat menarik minatku dan pembaca
dalam bidang penulisan sastera Melayu


Diriku

Nabilah Bte Mohd Rashid
pelajar sastera di BPGHS
4M1

Linkasi


Cikgu Sazali
Musfirah
& KREDIT

layout: + +
fonts: +
brushes: + +
image: +

& Bagaikan Diriku Tapak Sulaiman
Kasih Berkalih Tuju - Elyana